Kursus pemikiran komputasional/ Dr. Ruzina Jusoh ... [et. al.].

Contributor(s): Ruzina Jusoh [author.] | Shahrin Alias [author.] | Maimunah Karim [author.] | Mohd Rozali Mohamed Subandi [author.] | Lim, Siew Ngen [author.] | Haslina Said | Faizatoen Zulkernain [author.] | Pusat Penyelidikan, Penilaian dan TMK, Jabatan Latihan Pengurusan dan Aplikasi TMKMaterial type: TextTextPublication details: Bandar Enstek, Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki, 2017Description: 31cmDDC classification: PL 119 2017 Online resources: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/86
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
    Average rating: 0.0 (0 votes)

Menurut Jeannate M. Wing (2006), pemikiran komputasional bukan hanya untuk ahli sains komputer tetapi merupakan kemahiran asas untuk semua orang dan adalah panting diintegraslkan dalam bidang-bidang lain.Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking ( C7) adalah satu pendekatan untuk menyelesaikan masalah yang memberi kuasa (empower) kepada integrasi teknologi digital dengan idea-idea manusia. la merangkumi kemahiran asas yang panting dalam menyelesaikan masalah, merekabentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer.Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memer1ukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan Idea ataupun maklumat yang panting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. lndividu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian menglkut turutan yang logikal (Algorithm). menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan kebolehlaksanaan prosedur tersebut (Evaluation). Bermula tahun 2017, pemlkiran komputasional dan sains komputer diintegrasl dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurlkulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Melalui inisiatif ini, pemikiran komputasional akan diperkenalkan di peringkat sekolah rendah, dan diteruskan dengan pelaksanaan mata pelajaran Asas Sains Komputer supaya murid terdedah dengan kemahiran teknologi digital seperti pengekodan, algoritma dan menyelesaikan masalah. Dalam usaha menghasilkan muricl yang mempunyai kemahiran pembelajaran abad ke-21, standard ISTE (lnternasional Society for Technology In Education) dijadikan panduan. Sehubungan itu, Kursus Pemikiran Komputasional ini direkabentuk khas untuk pentadbir sekolah. Semua pentadbir sekolah seharusnya didedahkan dengan standard ISTE, konsep dan amalan pemikiran komputasional dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) untuk menghasilkan modal insan berkemahiran abad 21 dan menepati aspirasi murid seperti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2016 - 2023).

There are no comments on this title.

to post a comment.

Disclaimer:

Aminuddin Baki Institute will not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

All Rights Reserved © 2021 INSTITUT AMINUDDIN BAKI, MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA


Powered by Koha