Kursus pengurusan bakat pemimpin sekolah / Dr. S Sathiyabama Suprammaniam ... [et al.].
Material type:
TextPublication details: Genting Highlands, Pahang : Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, 2025Subject(s): School management and organization | School management teams | School supervision | Educational leadership | School improvement programsDDC classification: PL 279 2025 Online resources: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/318
| Item type | Current library | Call number | Status | Date due | Barcode |
|---|---|---|---|---|---|
PUKAL LATIHAN
|
Pusat Sumber Pendidikan IABI | PL 279 2025 (Browse shelf (Opens below)) | Not for loan | PL000279 |
Browsing Pusat Sumber Pendidikan IABI shelves Close shelf browser (Hides shelf browser)
Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD, 2007) mendefinisikan pengurusan bakat sebagai suatu keupayaan yang dimiliki oleh seseorang yang boleh membuat perubahan terhadap prestasi organisasi dengan mendedahkan tahap potensi yang tinggi. Menurut Rath, T. dan Conchie, B., (2008), pengurusan bakat bermaksud kekuatan seseorang mempengaruhi orang lain dalam mencapai tujuan organisasi. Berdasarkan kajian menganalisis keperluan Latihan IAB (2022) disarankan mewujudkan modul pelaksanaan proses pengurusan bakat bagi rujukan pengetua atau guru besar untuk memastikan bahawa pelaksanaan proses pengurusan bakat melalui komponen mengenal pasti bakat, pembangunan bakat dan budaya bakat dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah. Keperluan ini juga adalah bertujuan memastikan pihak pentadbir sekolah menjalankan proses pengurusan bakat dengan berpandukan piawaian pelaksanaan yang lebih sistematik dan terkawal. Menurut Julie Brandt (2011), pengurusan bakat boleh dijadikan alat utama untuk menggalakkan prestasi yang baik dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Oleh itu, program latihan baru ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengurusan bakat dalam sekolah sebagai sokongan dalam pemilihan bakal pemimpin sekolah terutamanya bagi program NPQEL. Sebenarnya modul pengurusan bakat menyokong laluan kepimpinan yang merupakan laluan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran untuk guru yang memegang jawatan hakiki kepimpinan terutamanya di sekolah. Ia juga diharap dapat membantu dalam menambah baik pemilihan calon dari segi sikap mereka agar lebih cenderung dalam membudayakan pengurusan bakat ini. Pelaksanaan latihan melalui modul ini kepada PGB difokuskan kepada identifikasi bakat dan pembangunan bakat sahaja kerana pembudayaan adalah satu proses yang memberi kesan dalam jangka panjang. Oleh itu, input tentang pembudayaan bakat adalah secara tidak terperinci.

PUKAL LATIHAN
There are no comments on this title.