Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) telah memasuki gelombang ketiga pelaksanaannya. Bagi mencapai aspirasi pendidikan negara, pemimpin sekolah perlu bertindak proaktif dalam melaksanakan setiap agenda pendidikan. Pemimpin sekolah berperanan penting dalam menentukan hala tuju sesebuah institusi pendidikan. Dalam era teknologi digital yang semakin pesat, pemimpin sekolah perlu meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi dalam berkomunikasi, mengurus data, dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui teknologi. Sehubungan itu, pemimpin dapat memberikan inspirasi kepada semua guru dan pelajar untuk mengadaptasi dan memanfaatkan teknologi dengan lebih efektif. Pemimpin sekolah juga harus mampu membangun strategi dan dasar yang menggalakkan penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu mempertingkatkan keperluan dan harapan murid serta warga sekolah, dan menentukan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapai tujuan digitalisasi. Anjakan paradigma dalam konsep kepimpinan menuntut pemimpin sekolah bersikap proaktif dalam melaksanakan teknologi baharu (Avolio et al., 2000; Ottestad 2013). Sebagai pemimpin teknologi digital, pemimpin sekolah terlebih dahulu harus menguasai dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aspek kepimpinan digital serta perlu berfikiran kritis dan kreatif jika ingin bersaing dalam dunia pendidikan yang kompetitif (Arifin 2020). Sehubungan itu, Kursus Kepimpinan Digital ini direka bentuk khas untuk pemimpin sekolah dalam menguasai ilmu digital dan mengurus organisasi bagi menghasilkan modal insan berkemahiran abad ke-21 dan mencapai aspirasi murid agar fasih digital.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Disclaimer:

Aminuddin Baki Institute will not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this portal.

All Rights Reserved © 2021 INSTITUT AMINUDDIN BAKI, MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

Powered by Koha