Kursus kepimpinan komunikasi digital / Dr. Norabeerah Saforrudin, Dr. Shanti Ramanlingam dan Dr. Noor Baizura Harun.
Material type:
TextPublication details: Genting Highlands, Pahang : Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, 2025Description: 32 cmSubject(s): Leadership -- Malaysia | education leadership -- Malaysia | School leadership -- Malaysia | School administrators -- Malaysia | School principals -- Malaysia | Government publications -- MalaysiaDDC classification: PL 270 2024 Online resources: https://i-modul.iab.edu.my/id/eprint/309
| Item type | Current library | Call number | Status | Date due | Barcode |
|---|---|---|---|---|---|
PUKAL LATIHAN
|
Pusat Sumber Pendidikan IABI | PL 270 2024 (Browse shelf (Opens below)) | Not for loan | PL000270 |
Transformasi digital negara melalui inisiatif Malaysia Digital (MyDigital) mensasarkan 100% penjawat awam celik digital (MyDigital Corporation, 2022) dan antara fokusnya adalah pengurusan kemahiran digital yang mantap dan berkaliber (MyGoverment,2022). la seiring dengan Dasar Pendidikan Digital Negara, ISTE Nets-A dan KOMPAS2.0. Kepimpinan Digital adalah kepimpinan yang signifikan bagi tanggungjawab ini bagi melaksanakan di peringkat sekolah atau organisasi pendidikan. Terdapat tujuh (7) tunjang dalam Kepimpinan Digital dan salah satu tunjang adalah komunikasi. Komunikasi melalui wahana digital telah menjadi satu trend dan budaya dalam norma baharu komunikasi bagi seorang pemimpin masa kini. Kebanyakan institusi pendidikan telah menjadikan media komunikasi digital sebagai medium komunikasi rasmi dalam melaksanakan tugas dalam organisasi samada dengan warga organisasi, pelanggan atau pemegang taruh. Dewasa ini, peningkatan isu dan pelanggaran etika semasa berkomunikasi dalam dunia digital amat membimbangkan pelbagai pihak terutama dalam kalangan warga pendidik. Isu nilai, penilaian terhadap maklumat yang diperoleh, penyebaran maklumat palsu dan keselamatan data peribadi dan organisasi menjadi sernakin tular. Justeru, sebagai pemimpin di sesebuah organisasi pendidikan, pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik dan membudayakan komunikasi digital yang berkesan dan harmoni dalam kalangan warga sekolah sangat diperlukan. Tambahan pula, ketidakprihatinan pemimpin pendidikan terhadap kesan komunikasi digital yang kurang berkesan atau tidak mengikut etika boleh mengundang kepada pelbagai isu yang boleh mencalarkan imej individu pemimpin pendidikan khususnya,organisasi dan KPM amnya. Sehubungan dengan itu kursus Kepimpinan Komunikasi Digital sangat signifikan dalam latihan kepimpinan pendidikan selaras dengan usaha pembentukan warga digital yang sejahtera. Melalui kursus ini, pemimpin pendidikan didedahkan untuk berfikir dengan lebih cakna, peka terhadap amalan dan menilai maklumat yang diperoleh berasaskan komunikasi digital yang berhemah. Selain daripada itu modul Kepimpinan Komunikasi Digital ini juga memberi kemahiran menggunakan media komunikasi digital dengan cekap dan membantu dalam urusan pengurusan dan kepimpinan yang lebih produktif dan berkesan. Kursus ini juga memberi kesedaran akauntabiliti dan integriti dalam mengendalikan aplikasi komunikasi digital agar keselamatan di dunia digital diutamakan dan membina profil di dunia digital yang baik dan menyebarluaskan kepada pimpinannya agar turut cakna terhadap isu dan etika dalam komunikasi digital.

PUKAL LATIHAN
There are no comments on this title.