Kursus pengurusan dan pentadbiran pejabat / dimurnikan oleh Rashinawati Abd Rashid ... [et al.].
Material type:
Item type | Current library | Call number | Status | Date due | Barcode |
---|---|---|---|---|---|
![]() |
Pusat Sumber Pendidikan IABI | PL 263 2024 (Browse shelf (Opens below)) | Not for loan | PL000263 |
Kewujudan pekeliling dan arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh agensi Kerajaan bertujuan untuk membantu agensi awam melaksanakan urusan pentadbiran dengan lebih cekap, teratur dan berkesan. Sebagai pengurus sekolah, pekeliling dan arahan ini menjadi panduan dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Modul ini dibina untuk memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pemimpin sekolah agar segala urusan yang berhubung dengan lantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan, pengurusan elaun serta cuti staf dapat diurus mengikut prosedur yang betul. Manakala keakuran kepada peraturan-peraturan pegawai awam berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib berupaya membentuk integriti dan kredibiliti para pegawai semasa menjalankan tugas. Keupayaan pemimpin sekolah dalam mengatur tadbir urus pengurusan pejabat dengan efisien menjadi pemangkin kepada kelicinan perjalanan jentera pentadbiran sekolah. Rangkuman ini akan membentuk kekuatan kerja sepasukan yang padu yang akhirnya memberi impak kepada kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya.
There are no comments on this title.