Kursus pengurusan kewangan dan akaun sekolah / dimurnikan oleh Noraisah Md Yusof ... [et al.].
Material type:
Item type | Current library | Call number | Status | Date due | Barcode |
---|---|---|---|---|---|
![]() |
Pusat Sumber Pendidikan IABI | PL 257 2024 (Browse shelf (Opens below)) | Not for loan | PL000257 |
Kursus Pengurusan Kewangan dan Akaun Sekolah adalah penting untuk memastikan sumber kewangan yang telah disalurkan kepada sekolah dapat memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang telah dilaburkan. Pengurusan kewangan yang berkesan adalah penting bagi menyokong dan membolehkan warga sekolah memberi tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matiamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu, kursus ini memberi pendedahan dan input berkaitan kepada pengurus sekolah sebagai orang yang bertanggungjawab menerima dan menguruskan peruntukan kewangan dari KPM. Pengisian kursus bermula daripada pengurusan belanjawan, pengurusan hasil, pengurusan perolehan, pengurusan bayaran, pengurusan aset dan stor serta Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik (eSPKWS). la merupakan satu pusingan yang lengkap termasuk kawalan yang mesti dilaksanakan dalam setiap bidang.
There are no comments on this title.