Kursus kesejahteraan emosi pemimpin pendidikan /
Akma Abd. Hamid, Ratna devi R. Shunmugam dan Uma Thevi Vetriveilmany.
- Genting Highlands, Pahang : Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands, 2025.
Kementerian Pendidikan memandang serius isu kesihatan mental dalam kalangan pendidik. Pihak kementerian telah meletakkan tanggungjawab untuk menangani stres dan kemurungan kepada PGB (Berita Harian, 2018). Hal ini selaras dengan Model KOMPAS 2.0 melalui domain Kualiti Peribadi Kepimpinan yang menekankan kompetensi kemahiran mengurus kendiri dan sosial dalam kalangan pemimpin sekolah. Kompetensi ini merupakan keupayaan pemimpin sekolah mengurus emosi yang stabil dan memahami individu lain serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk melaksanakan tugas dengan berkesan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025, dalam Aspirasi Murid (kemahiran memimpin) juga memberikan penekanan kepada dimensi kecerdasan emosi selain dimensi keusahawanan, berdaya tahan dan kemahiran berkomunikasi. Aspirasi ini jelas membuktikan kepentingan emosi dalam sistem pendidikan. Hal ini secara tidak langsung membentuk pemimpin yang mempunyai kecerdasan minda yang tinggi sekali gus menjadi suri teladan kepada para guru dan murid-murid. Selain itu, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) juga telah menekankan beberapa aspek penting yang perlu dikuasai oleh para pemimpin di institusi pendidikan seperti aspek kematangan emosi (domain kolaboratif) untuk membawa pendidikan Malaysia lebih berdaya saing di peringkat global. Selari dengan hasrat tersebut, maka Kursus Kesejahteraan Emosi Pemimpin Pendidikan (KEPP) direka bentuk, khusus untuk memberikan latihan kepada pemimpin pendidikan dalam mengenal potensi emosi dan ketidaksejahteraan minda kendiri lantas mengaplikasikan kemahiran Solusi Fokus dalam menangani emosi dan ketidaksejahteraan minda tersebut.
Education --Management--Malaysia School management and organization -- Malaysia School improvement programs --Malaysia School principals --Malaysia