TY - BOOK AU - Ilham Ismail, AU - Hamzah Said, AU - Suhaila Che Noh, AU - Azhan Anuar, AU - Fakhrul Anwar Ishak, ED - Jabatan Kerjasama Hubungan Luar dan Antarabangsa TI - Kursus kesedaran kendiri dalam pengurusan pendidikan U1 - PL 276 2025 PY - 2025/// CY - Jitra, Kedah PB - Institut Aminuddin baki Cawangan Utara KW - Educational leadership KW - Malaysia KW - School management and organization KW - Education N1 - Kursus Kesedaran Kendiri Dalam Pengurusan Pendidikan telah dibangunkan pada tahun 2011 berasaskan kepada keperluan dapatan KOMPAS pemimpin pendidikan pada masa tersebut. Transformasi pendidikan dan keperluan semasa yang sentiasa berkembang dengan naratif dan dasar terkini memerlukan kepada penambahbaikan kursus secara berterusan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) melalui anjakan kelima iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah adalah satu mandat yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. IAB telah mengambil inisiatif melalui transformasi KOMPAS 2.0 sebagai menyokong PPPM 2013-2025 ke arah pembangunan kompetensi pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi. Justeru, melalui kursus ini domain empat kualiti peribadi kepimpinan, subdomain integriti serta kemahiran mengurus kendiri dan sosial yang terdapat dalam KOMPAS 2.0 akan diberi fokus dan keutamaan. Secara keseluruhannya, kesedaran kendiri membolehkan pemimpin membuat keputusan yang lebih baik, membina hubungan yang lebih kukuh dan mewujudkan persekitaran kerja yang positif dan inklusif. Ia merupakan aspek asas kepimpinan yang berkesan dan menyumbang kepada kejayaan peribadi dan organisasi. Komitmen terhadap peningkatan diri ini menjadi contoh kepada ahli pasukan mereka dan mewujudkan budaya pembelajaran dan pertumbuhan berterusan.Selain itu, pemimpin pendidikan akan lebih peka dengan refleksi dan penyesuaian kendiri sesuai dengan jawatan yang disandang ER -